04 December 2023

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون



اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Ya Allah! Ampunilah almarhum, berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya. Aameen

Sudah lama saya mencari khabar berita Allahyarham.

Diawal tahun ini, saya ada terserempak dengan pembantu peribadinya, namun jawapan yang diberikan agak kabur.

Saya tak tahu - Allahyarham masih hidup atau sudah meninggal dunia.

Carian di internet gagal memberi jawapan yang menyakinkan!

Saya benar-benar ingin berjumpa dengan Allahyarham!!!

Berjumpa untuk bertanya khabar secara bersemuka, dan bukannya melalui orang perantaraan.

Akhirnya, hari ini, saya menerima perkhabaran yang menyedihkan dan mengejutkan.

Ketika Allahyarham berada dihujung kariernya sebagai ahli politik, beliau sering memanggil saya, melalui pembantu peribadinya, untuk berjumpa dirumahnya di Tebingan Bintawa apabila beliau berada di Kuching.

Kami berbual pelbagai topik - politik, dan sebagainya - sambil menghisap cerut. 

Disebabkan 'keakraban' kami, saya telah dilabel sebagai ahli kumpulan Abang Abu yang melawan PBB dengan berusaha untuk membawa UMNO masuk ke Sarawak.

Saya tak ambil kisah dengan label tersebut kerana sudah menjadi lumrah pekerjaan saya yang memerlukan saya 'mesra' dengan sumber maklumat 😇.

Allahyarham ada memperkenalkan saya kepada isteri dan anak-anak beliau.

Tetapi saya tidak pernah berusaha untuk menjalin hubungan persahabatan dengan mereka kerana merasa kekok apabila berbual dengan mereka.

Semoga ALLAH swt ampuni dosa-dosanya, rahmatinya dan lapangkan kuburnya. Aameen.
    

No comments:

Post a Comment