20 November 2023

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون


اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Ya Allah! Ampunilah almarhum, berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya. Aameen.


Saya hanya mengetahui berita tentang Allahyarham di hari ke-20 pemergiannya.

Saya terkejut kerana saya tidak mendapat sebarang berita.

Hanya apabila saya menjenguk Facebook, saya terjumpa posting tentang pemergiannya. 😞

Saya sedih apabila mengetahui berita ini kerana dulu kami pernah bersama dalam satu 'pasukan'.

Hubungan kami tak erat. Lebih kepada hubungan profesional.

Dulu saya pernah melawat Allahyarham di HUS apabila dia ada masalah pernafasan - kira-kira setahun dua sebelum wabak Covid-19 melanda dunia.

Semoga ALLAH swt ampuni dosa-dosanya, rahmatinya dan lapangkan kuburnya. Aameen.
    

No comments:

Post a Comment