14 October 2023

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون


 اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
Ya Allah! Ampunilah almarhumah, berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya.
آمين

Allahyarhamah adalah anak kepada bekas suami anak buah isteri saya.

Saya agak terkejut bila mendengar berita sedih daripada anak buah isteri saya yang mengatakan Allahyarhamah, berusia diawal 20-an (kalau tak silap usianya ialah 23 tahun) dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada Jumaat lepas 06/10/23 apabila beliau didapati dalam keadaan tidak sedar - dikatakan atas sebab stroke.

Saya menerima berita sedih ini pada keesokkan harinya disebelah malam - iaitu ketika menyambut hari kelahiran cucu saya. 

Selepas menerima berita ini, saya berazam untuk berusaha membantunya.

Malangnya, pada pagi ini, saya dimaklumkan oleh isteri saya bahawa anak gadis telah meninggal dunia malam tadi.

Dikatakan dia meninggal dunia di HUS; dan saya tidak tahu sama ada beliau telah sedar atau tidak, sebelum meninggal dunia.

Kali terakhir saya bersua dengannya ialah ketika beliau dan ayahnya duduk dikedai kopi di Kota Sentosa, sebelum wabak Covid 19 melanda.

Menurut ayahnya, Allahyarhamah bekerja di 'inn' sebelah kedai kopi tersebut.

والله أعلمُ
 

No comments:

Post a Comment