16 August 2023

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون


اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Ya Allah! Ampunilah almarhum, berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya.
آمين
 
Saya hanya menyedari ada panggilan telefon melalui apps Whatsapp pada jam 0833pm kira-kira pada jam 0945pm.

Hati saya berdebar ketika melihat waktu panggilan tersebut kerana sepupu saya tidak pernah menelefon saya dimalam hari.

Apabila saya menelefon sepupu saya, suaminya menjawab telefon.

Mesej yang nak disampaikannya ialah - Alim, iaitu abang kepada isterinya, sudah meninggal dunia pada jam 0730pm di Hospital Simanggang.

Saya tidak terkejut dengan berita ini memandangkan Allahyarham 'dilaporkan' dalam keadaan yang serius selepas menjalani pembedahan memotong kaki kirinya.

Atas sebab apa kaki dipotong, saya tak bertanya.

Tetapi pada pandangan saya, kemungkinan besar disebabkan masalah kencing manis. 

Wallahua'lam.

Semoga ALLAH swt ampuni dosa-dosanya dan masukkannya kedalam Syurga Firdaus tanpa hisab. Aameen.

p/s Allahyarham Alim adalah anak kepada Allahyarham Wa Bujang yang merupakan abang kepada ayah saya. Pada 23 Julai 2023, saya bersama ibu dan bapa saya menziarahi ibu Allahyarham di Kampung Stumbin.
  

No comments:

Post a Comment