28 June 2023

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون

BERITA KELUARGA
Assalammualaikum wbt, ‎

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un

Dukacita dimaklumkan bahawasanya *** yang kami kasihi, telah pergi kembali kerahmatullah pada hari Selasa jam 01:10 tok, di Hospital Umum Sarawak bersamaan 8Dzulhijjah 1444H, 28Jun 2023.

<Whatsapp 04/07/2023 @ 03:04PM>

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
Ya Allah! Ampunilah almarhumah, berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya.
آمين

Setelah merana sekian lama, akhirnya Allahyarhamah 'berhijrah' ke Alam Barzakh 

Saya telah merawat Allaharyarmah beberapa kali. 

Kali pertama ketika dia masih lagi bekerja. 

Ketika itu, tahap kesihatannya agak serius juga.

Kali terakhir, beberapa bulan yang lepas.

Sudah ditakdirkan, saya tidak pernah merawat Allahyarhamah sehingga dia sembuh sepenuhnya.

Entah mengapa, Allahyarhamah sering berhenti mendapatkan rawatan lanjutan. 

Di tahun-tahun akhir, Allahyarhamah akan berhenti berkomunikasi dengan saya kira-kira dua atau tiga hari selepas memulakan komunikasi.

Pertanyaan saya tidak akan dilayan.

Beberapa bulan kemudian, barulah Allahyarhamah menghubungi saya semula. 

Tetapi corak komunikasi tidak pernah berubah. 

Selepas beberapa hari, Allahyarhamah akan berhenti berkomunikasi.

Wallahua'lam.

Semoga ALLAH swt ampuni dosa-dosanya dan masukkannya kedalam Syurga Firdaus tanpa hisab. Aameen.


No comments:

Post a Comment