26 February 2021

Ulama antarabangsa bincang fatwa berkaitan COVID-19

KUALA LUMPUR: Malaysia turut mendapatkan pandangan ulama dari negara luar, selain mengadakan perbincangan khusus dengan pihak berkenaan mengenai fatwa yang berkaitan penularan COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata ahli agama di negara berkenaan juga merujuk kepada golongan pakar untuk mengetahui lebih lanjut masalah yang dihadapi, bagi membantu mendapatkan penyelesaian.

Beliau berkata, tokoh agama dan pakar perlu berhujah serta berbincang supaya memahami isu yang sedang berlaku sekali gus membolehkan sesuatu fatwa dikeluarkan bersesuaian dengan keadaan semasa.

"Apabila pihak Muzakarah Fatwa Kebangsaan beri keputusan, sebahagian negara cakap ungkapan ini. Maka, sebenarnya pandangan ini senada dengan apa yang berlaku di seluruh dunia.

"Saya secara peribadi tulis surat kepada Syeikhul Azhar. Saya juga hantar surat kepada Mufti Mesir dan dia juga beri pandangan serta buat perbincangan khusus dan keluarkan fatwa.

"Saya turut bertemu dengan imam Mesir. Tanya solat sana rapat atau jarak? Turki pun sama, Makkah pun sama. Kita boleh tengok Syria pun sama. Kalau macam ini, takkan ulama tidak cuba nak kaji," katanya dalam Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk 'Vaksin Cegah Sebelum Kalah', malam ini.

Zulkifli berkata, ahli agama bertindak untuk memastikan rakyat Malaysia hidup sihat dengan mengambil pandangan dari agamawan dan pakar bidang tertentu.

"Yang dihujah dengan tokoh dan digabung dengan pakar-pakar. Insya-Allah tidak ada niat lain melainkan yang baik dan lakukan yang baik untuk negara dan masyarakat," katanya.

  

No comments:

Post a Comment