Saya amat berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kes buli Allahyarhamah Zara Qairina, memandangkan anak-anak saya sendiri pernah mengalami insiden buli semasa belajar di sekolah agama.
Namun, kakak, abang, dan adiknya pernah melalui pengalaman tersebut.
Saya hanya mengetahui kisah pembulian ini selepas anak pertama dan kedua memasuki alam pekerjaan.
Berbeza dengan anak keempat, laporan polis telah dibuat dalam tempoh 24 jam selepas kejadian buli berlaku.
Namun sehingga kini, tiada perkembangan terkini.
Mungkin pihak polis sibuk dengan kes lain, atau fail kes hilang? والله أعلم.
Insyallah, saya akan bertanya di Padang Mahsyar nanti.
Berbalik kepada kes Allahyarhamah Zara, saya ingin berkongsi pandangan sebagai seorang ayah kepada lima anak yang bersekolah di institusi agama, dan sebagai pengamal rawatan alternatif mistik.
Anak keempat saya adalah seorang hafiz, manakala anak kelima insyallah bakal menjadi hafiz.
Pada pandangan saya, cabaran minda di sekolah agama lebih berat berbanding sekolah asrama biasa, khususnya dari segi gangguan mistik.
Ada kemungkin gangguan ini bertujuan untuk menghalang anak-anak daripada menghayati pengajian agama? والله أعلم.
Tanggapan ini lahir daripada kisah-kisah yang dikongsikan oleh anak-anak saya sendiri.
Saya memberi perhatian serius terhadap alam persekolahan anak keempat saya kerana dia terlibat dalam program hafazan al-Quran.
Saya sering beranggapan bahawa الله swt mungkin mengurniakan saya kemahiran mistik untuk membantu anak saya menghadapi gangguan ke atas minda dan tubuh yang cuba menghalangnya daripada menghafal al-Quran.
Menurut anak saya, ramai rakan-rakannya mengalami gangguan serupa.
Malah, ada yang terpaksa bertukar sekolah kerana tidak tahan dengan tekanan mistik yang dialami.
Walaupun sekolah Allahyarhamah Zara mungkin tidak mempunyai program hafazan, saya percaya tahap gangguan mistik tetap tinggi.
Oleh itu, saya tidak terkejut dengan insiden buli yang berlaku sehingga meragut nyawa beliau.
Suasana sekolah yang tidak dikawal dengan baik boleh menjadi kondusif kepada kejadian buli.
Saya berasa amat sedih kerana insiden buli ini terlalu ekstrem.
Saya juga berpandangan bahawa pembuli mungkin dipengaruhi oleh makhluk halus - bukan secara rasukan, tetapi melalui penggandaan emosi dan pemikiran negatif.
Fenomena ini sebenarnya sangat biasa dalam masyarakat.
Sebab itu saya sering menyarankan agar sesiapa yang mengalami pemikiran negatif membaca ayat-ayat tertentu.
Insyallah, pemikiran itu akan hilang.
Dalam rawatan mistik, pemikiran negatif sering dikaitkan dengan kehadiran makhluk halus.
Tanda-tandanya termasuk sendawa, muntah angin, atau rasa hembusan keluar dari tubuh selepas berzikir.
Selepas itu, pemikiran negatif hilang seolah-olah tidak pernah wujud. والله أعلم.
Saya sering menyarankan ayat 8, Surah at-Tahrim sebagai pelindung minda daripada pengaruh jin.
Berdasarkan pengalaman saya sebagai perawat dan sebagai bapa kepada anak-anak yang bersekolah di institusi agama, saya berpandangan bahawa pihak sekolah perlu merukyah kawasan sekolah secara berkala.
Sekolah, seperti rumah, boleh menjadi ‘panas’ jika dipenuhi jin.
Keadaan ini boleh menyebabkan ketidaktenteraman dan konflik dalam kalangan warga sekolah.
Malangnya, ada pentadbir yang mengambil mudah isu gangguan mistik dialami pelajar.
Mereka beranggapan pelajar patut mampu menghadapinya sendiri.
Sikap ini menunjukkan kurangnya kepedulian terhadap kebajikan pelajar.
Mereka kononnya hanya mematuhi SOP tanpa mengambil langkah tambahan.
Saya selalu bertanya - jika anak mereka sendiri yang terkesan, adakah mereka akan sekadar ikut SOP?
Kemunafikan seperti ini amat mengecewakan.
Anak-anak muda sukar mengenal pasti bisikan atau kawalan halus sebagai sesuatu yang asing.
Mereka cenderung menganggapnya sebagai sebahagian daripada diri mereka, bukan pengaruh luar.
والله أعلم.
Dalam kes Allahyarhamah Zara, kesalahan tetap terletak pada pembuli.
Tiada kemaafan atas kekejaman yang dilakukan.
Mereka gagal mengawal minda mereka, dan hukuman mesti dikenakan.
Namun, pihak pentadbir sekolah juga perlu dipertanggungjawabkan.
Sebagai amaran kepada semua pentadbir sekolah, mereka patut dihukum jika gagal mengawal selia warga sekolah.
Jika undang-undang membenarkan, saya berharap mereka dibuang kerja.
Akhir kata, saya amat menyarankan agar pengrukyahan dilakukan secara berkala di sekolah-sekolah agama.
Tujuannya adalah untuk membersihkan suasana sekolah daripada gangguan mistik yang boleh menjejaskan kesejahteraan mental warga sekolah. والله أعلم.
Semoga الله swt memasukkan Allahyarhamah Zara ke dalam Syurga Firdaus dan memberi kekuatan kepada keluarga beliau dalam menghadapi ujian ini. آمین.
p/s Jika anda / ahli keluarga / rakan anda pernah mendapatkan bantuan pengamal rukyah untuk 'menjinakkan' anak, maka anda patut faham apa yang dimaksudkan dalam artikel ini. وَاللَّهُ أَعْلَمُ
semoga ALLAH swt ampuni dosa-dosa Allahyarhamah dan masukkannya kedalam syurga firdaus. aameen.
ReplyDelete