04 March 2020

Anak sentiasa atau tiba-tiba memberi masalah disiplin?

Ramai ibu bapa berhadapan dengan anak-anak yang bermasalah disiplin.

Sama ada bermasalah sejak dari kecil ataupun ketika mereka mencapai usia remaja.

Tidak dinafikan masalah ini ada kaitan dengan persekitaran - kawan, keluarga, dan lain-lain.

Dan ia juga berkaitan dengan hormon - untuk anak-anak yang bermasalah diusia remaja.

Dan ia juga berkaitan dengan sistem otak yang belum sempurna sehingga mengakibatkan anak-anak gagal untuk melihat sesuatu perkara dengan rasional.

Namun begitu, ibu bapa hendaklah tidak sewenang-wenangnya menolak elemen mistik sebagai salah satu faktor penyebab kepada masalah disiplin anak.

Banyak kes-kes masalah disiplin anak berkaitan dengan pengaruh jin keatas mereka.

Mungkin anda sedar, dari semasa akan ada 'bisikan' hati yang cuba mempengaruhi anda untuk berbuat sesuatu yang tidak elok.

Dan anda juga mungkin sedar, ada ketikanya ada seolah-olah hilang kawalan keatas tindakan tanpa anda sedari.

Seolah-olah ada 'kuasa ghaib' yang meruntuhkan kewarasan anda.

Cuba bayangkan jika 'kuasa ghaib' ini berusaha mempengaruhi anak anda yang masih mentah dalam hal duniawi.

Adakah anda fikir mereka mampu mengatasi 'kuasa ghaib' ini dengan hanya berbekalkan pengalaman yang tak seberapa?

Saya bukan mempromosi agar masalah disiplin anak-anak dilihat dari segi mistik semata-mata.

Apa yang saya cuba ketengahkan ialah - jangan sewenang-wenangnya abaikan faktor mistik dalam usaha kita untuk membantu anak kita agar kembali semula kepangkal jalan!

Anda mungkin pernah mendengar atau melihat kes-kes anak-anak nakal atau bermasalah yang kemudiannya menjadi seorang anak yang baik setelah dirukyah.

Jika ia mampu berlaku pada anak orang lain, mengapa perkara yang sama tidak mungkin berlaku keatas anak anda?

Tepuk dada, tanya selera.

Semoga memberi manfaat. آمین

اَللّٰهُ أَعْلَم



















No comments:

Post a Comment