09 August 2023

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون

Assallamualaikum.Dukacita dimaklumkan bpk mentua REBI BIN AMAT
tlh meninggal dunia lepas isyak di hospital umum kch. Masa tok nya msh dihospital. 
Sama2 sedekah Al-Fatihah
<Whatsapp 09/08/23 @ 0829PM>

اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Ya Allah! Ampunilah almarhum, berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya.
آمين

Ahli keluarga Allahyarham yang saya paling rapat ialah anak tirinya - Allahyarham Wan Ramli.

Kami berkawan sejak kecil - jarak umur kami hanyalah sekitar empat ke lima tahun sahaja.

Allahyarham Wan Ramli pernah tidur di rumah kami dulu.

Kalau saya tak silap, gambar kami tidur (kira-kira 40 tahun lalu) masih ada dalam simpanan adik saya.

Berkenaan dengan Allahyarham Bang Rebi, dia dalah anak kepada sepupu ayah saya.

Atas sebab itu, Allahyarham memanggil ayah saya dengan gelaran Usu.

Ayah saya sering membawa kami sekeluarga mengunjuingi rumah Bang Rebi ketika saya dan adik-adik saya masih kecil. 

Sehingga kini saya masih ingat ketika kami mengunjungi Allahyarham dimalam hari di rumah(?)(saya kurang pasti sama ada rumah Allahyarham atau rumah jiran dia).

Saya tak tahu objektif kunjungan malam tersebut.

Dulu ketika isterinya masih hidup dan bekerja di DBKU, saya sering terserempak dengan isterinya.

Isterinya pergi terlebih dahulu dari Bang Rebi - mungkin lebih daripada 10 tahun.

Bang Rebi sentiasa murah dengan senyuman.

Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, saya sering mengunjunginya untuk bertanya khabar.

Dia amat mesra sekali walaupun usia kami jauh berbeza - dalam lingkungan 30 tahun.

Sehari sebelum dia meninggal dunia, saya memang berhasrat untuk menjenguknya di rumahnya.

Malangnya saya batalkan hasrat saya apabila hati saya amat berat sekali.

Saya berhasrat untuk mengunjunginya esok hari.

Tetapi malangnya, saya menerima berita tentang pemergiannya disebelah malam.

Semoga ALLAH swt ampuni dosa-dosanya dan, masukkannya dan isterinya kedalam Syurga Firdaus tanpa hisab. Aameen.


No comments:

Post a Comment