21 June 2023

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون

Assalamualaikum sahabat2 sekalian .. dato' guljar baru meninggal dunia dan jenazah akan dibawa ke rumah beliau di cheras dr IJN
<Whatsapp 21/06/23 @ 0110PM>

اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Ya Allah! Ampunilah almarhum, berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya.
آمين

My Friend. My Boss.

Allahyarham telah membuka mata saya untuk menyedari 'bakat semulajadi' yang ada pada saya.

Kami baru sahaja mengenali antara satu sama lain tetapi Allahyarham telah dapat 'menghidu' bakat yang ada pada saya.

Bukan bakat dalam rawatan mistik kerana saya hanya mula menyedari bakat rawatan mistik saya beberapa tahun kemudiannya.

Allahyarham tidak pernah memberitahu bakat yang 'dihidunya' tetapi beliau pernah 'mengomel' dihadapan saya kerana pada pandangannya, saya abaikan bakat semulajadi saya.

Pada pandangan saya, Allahyarham mahu saya bekerja di syarikatnya dengan menggunakan bakat semulajadi saya.

Saya amat musykil, apakah bakat semulajadi saya yang menyebabkan Allahyarham beriya-iya memujuk saya menyertai syarikatnya.

Beberapa bulan kemudian saya menyertai syarikatnya.

Setelah bekerja beberapa bulan, barulah saya menyedari bakat semulajadi yang ada pada saya.

Saya amat berpuashati dengan keupayaan saya menggunakan bakat saya ketika bekerja disyarikat Allahyarham.

Malangnya, tempoh saya bekerja disyarikatnya tidak lama kerana saya rindu untuk balik dan bekerja di Sarawak.

Dipenghujung tahun ke-dua, saya meletak jawatan dan kembali ke Sarawak.

Sejak itulah, hubungan kami terputus.

Tetapi saya sering mendapat perkhabaran tentang Allahyarham daripada ahli keluarganya - terutamanya adik Allahyarham yang merupakan rakan baik saya.

Saya tidak terkejut ketika menerima berita 'pemergian' Allahyarham kerana saya mengetahui keadaannya yang tidak sihat ditahun-tahun kebelakangan ini.

Semoga ALLAH swt ampuni dosa-dosanya dan masukkannya kedalam Syurga Firdaus tanpa hisab. Aameen.

No comments:

Post a Comment