15 April 2022

Vitamin C dan Omega3 solusi untuk sakit lutut?

 
Berdasarkan carian di internet atau saranan ahli keluarga atau rakan-rakan, ada banyak pendekatan untuk merawat sakit lutut.

Bagaimanapun, saya cenderung untuk menggunakan pendekatan Vitaman C dan Omega3.

Tapi ini bukan bermakna vitamin atau zat lain tidak penting!

Untuk kesihatan yang secara menyeluruh, kita tidak boleh mengabaikan mana-mana vitamin atau zat.

Bagaimanapun, untuk kes sakit lutut, saya memberi keutamaan kepada Vitamin C dan Omega3.

Menurut U.S. National Library of Medicine, salah satu fungsi utama vitamin C adalah untuk membaiki dan mengekalkan tulang, gigi dan rawan.

Manakala Omega3 pula, menurut kajian Universiti Bristol, yang dibiayai oleh Arthritis Research UK dan diterbitkan dalam jurnal Osteoarthritis and Cartilage, diet kaya omega-3 yang diberi kepada kumpulan ujikaji (yang secara semula jadi mangalami masalah osteoarthritis), mengurangkan penyakit sebanyak 50 peratus berbanding diet standard.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda.

Wallahua'lam.

  

No comments:

Post a Comment