Langkau ke kandungan utama

Garam Dalam Paracetamol Meningkatkan Risiko Serangan Jantung, Strok Dan Kematian


Kajian terhadap 300,000 rakyat Britain mendapati garam ‘tersembunyi’ dalam paracetamol mampu meningkatkan risiko serangan jantung dan strok jika ia diambil dalam kuantiti berlebihan.

Paracetamol yang mempunyai ciri-ciri berbuih dan larut itu mengandungi 0.44 gram dan 0.39 gram natrium bagi sebiji paracetamol 0.5 gram serta sering digunakan sebagai ubat tahan sakit.

Penyelidik dari Central South University, Changsa, China dan Harvard Medical School, Boston mendedahkan bahawa semakin lama seseorang mengambil paracetamol yang kaya dengan garam, semakin tinggi risiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular dan kematian mereka.

Kajian dijalankan terhadap pesakit yang mempunyai tekanan darah tinggi lalu diberikan paracetamol yang tinggi natrium dan pesakit yang mempunyai penyakit sama tetapi diberikan jenis paracetamol tanpa natrium.

Penyelidikan itu juga dijalankan terhadap pesakit tanpa tekanan darah tinggi lalu diberi preskripsi paracetamol yang mengandungi natrium manakala pesakit tanpa tekanan darah tinggi diberi paracetamol tanpa kandungan natrium.

Kajian itu dijalankan selama setahun dan melibatkan pesakit berumur 60 dan 90 tahun.

Hasil daripada kajian itu, 5.6 peratus pesakit tekanan darah tinggi yang mengambil paracetamol bergaram berisiko mendapat penyakit kardiovaskular berbanding 4.6 peratus pesakit yang mengambil paracetamol tanpa garam.

Malahan, individu yang mengambil paracetamol yang tinggi garam berisiko untuk mati iaitu sebanyak 7.6 peratus berbanding individu yang mengambil paracetamol tanpa garam iaitu sebanyak 6.1 peratus.

Pesakit yang mempunyai tekanan darah tinggi berisiko lebih tinggi untuk mendapat penyakit jantung atau mati sekiranya mereka mengambil paracetamol yang tinggi garam.

Bukan itu sahaja, 4.4 peratus pesakit yang tidak mempunyai darah tinggi tetapi mengambil paracetamol yang mengandungi garam mengalami serangan jantung berbanding 3.7 peratus dari mereka yang mengambil jenis paracetamol lain.

Profesor Aletta Schutte dari University of New South Wales dan Profesor Bruce Neal dari Imperial College London menekankan bahawa pengambilan pil jenis berbuih dan tinggi natrium harus dikurangkan.

Menurut mereka, maklumat itu harus disebarluaskan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai berkenaan natrium tersembunyi dalam ubat-ubatan dan pendidikan mengenai keperluannya.

Ulasan

Artikel Popular Minggu Ini

Masalah Huyung-Hayang: Perspektif Sains

Masalah huyung-hayang atau rasa pening yang menyebabkan seseorang berasa tidak stabil merupakan gejala yang kerap berlaku dalam kalangan pesakit. 

Asyik Marah-Marah Selepas Bangun Tidur di Pagi Hari

Bangun tidur dengan perasaan marah bukan sekadar isu emosi, tetapi mempunyai asas saintifik yang jelas.

3 Senaman untuk Pesakit GERD

Infografik © Kedak Tok BlogSpot.com - GERD dan 3 Senaman Yang Boleh Membantu 🔴 Apa Itu GERD? Penyakit Refluks Gastroesofagus (GERD) ialah keadaan pencernaan kronik di mana asid perut - dan kadangkala hempedu - mengalir semula ke dalam esofagus (saluran yang menghubungkan mulut ke perut). 

Statin (Pil Koleserol) dan Kerosakan Hati

Statin merupakan antara ubat yang paling kerap diberikan oleh doktor kepada pesakit dengan paras kolesterol tinggi dan risiko penyakit jantung. 

Penyakit Buah Pinggang : Amalan dan Larangan bagi Pesakit yang Menghidap Diabetes & Masalah Kolesterol

Infografik © Kedak Tok BlogSpot.com – Lindungi Buah Pinggang, Jantung & Kesihatan Anda 🩺 Penyakit Buah Pinggang: Amalan dan Larangan bagi Pesakit yang Menghidap Diabetes & Masalah Kolesterol Gambaran Umum: Buah pinggang berfungsi menapis sisa dan lebihan cecair daripada darah. Apabila rosak, toksin akan terkumpul dan menyebabkan penyakit buah pinggang kronik (CKD), kecederaan buah pinggang akut (AKI) atau keadaan genetik seperti penyakit polikistik buah pinggang (PKD). Pesakit CKD lazimnya turut menghadapi diabetes dan kolesterol tinggi, yang meningkatkan risiko penyakit jantung serta mempercepatkan kerosakan buah pinggang. Realiti di Malaysia: Skala masalah ini amat membimbangkan. Lebih daripada 5 juta rakyat Malaysia hidup dengan CKD, namun hanya 5% yang menyedari keadaan mereka (Majlis Keselamatan Negara/ACT‑KID 2025). Diabetes merupakan punca utama - menyumbang kepada 61% kes kegagalan buah pinggang - dan lebih separuh daripada pesakit dia...