01 January 2021

Tip untuk hilangkan mengantuk ketika memandu kereta

 Rasa mengantuk yang berlebihan amat ditakuti oleh para pemandu.


Malangnya ramai pemandu yang mengambil risiko untuk terus memandu dengan harapan mereka tidak akan terbabit dalam kemalangan.

Bagaimanapun, mereka mungkin bernasib baik hari ini tetapi tidak bermaksud akan bernasib baik esok hari.

Seelok-eloknya, pemandu berhenti ditepi jalan atau tempat rehat yang sesuai untuk tidur sebentar.

Cari tempat yang sesuai untuk memberhentikan kereta kerana jika berada ditempat yang tidak selamat, akan mengundang manusia-manusia yang berhati busuk.

Bagaimanapun jika pemandu terpaksa meneruskan perjalanan atas sebab-sebab tertentu, maka saya menyarankan melakukan tip urutan keatas akupoin yang ditunjukkan dalam gambar diatas.

Semoga tip ini memberi manfaat kepada anda dan ahli keluarga anda. آمين

اَللّٰهُ أَعْلَم
 
  

No comments:

Post a Comment