11 December 2020

Minum air setiap 15 minit tidak bunuh virus Covid-19

 
Terdapat pelbagai saranan / hantaran di media sosial mengenai cara untuk menghalang dijangkiti virus Covid-19.

Diantaranya ialah minum air setiap 15 minit agar virus Covid-19 dalam mulut akan masuk kedalam perut - dan kemudian dibunuh oleh asid dalam perut.

Hantaran ini agak popular di Whatsapps.

Hampir semua kumpulan Whatsapps yang saya sertai, ada hantaran ini.

Adakah benar minum air setiap 15 minit halang dijangkiti virus Covid-19?

"Ini sangat 'mudah'. Saya tidak dapat memikirkannya," kata Kalpana Sabapathy, seorang ahli epidemiologi klinikal di London School of Hygiene and Tropical Medicine.

Sabapathy menjelaskan bahawa jangkitan sering bermula setelah kita terdedah kepada ribuan atau berjuta-juta zarah virus.

Atas sebab itu, minum air tidak mungkin mempunyai banyak kesan. 

"Anda mungkin sudah memasukkannya ke dalam lubang hidung anda pada masa itu (sebelum minum air) - ini bukan (contoh) bodoh," katanya. 

Dan terdapat satu lagi kelemahan utama dalam idea tersebut. 

Walaupun virus itu belum berjaya masuk ke dalam sel saluran pernafasan anda, virus itu juga boleh masuk ke dalam tubuh dengan cara lain - seperti dengan menyentuh hidung atau mata.

Baca selanjutnya disini.

اَللّٰهُ أَعْلَم
  

No comments:

Post a Comment