Langkau ke kandungan utama

Tip persediaan untuk hari tua


Individu yang mempunyai tabiat sihat yang baik ketika dia masih muda cenderung menjadi orang tua yang sihat - tetapi tidak terlambat untuk melakukan sesuatu jika belum melakukan sebarang persediaan.

Bagaimanapun sebaik-baiknya persediaan dimulakan seawal yang mungkin.

Kata kunci untuk persediaan untuk hari tua ialah : tabiat / aktiviti yang sihat dilakukan sehingga diusia emas.

Jangan hanya apabila anda sakit baru anda mengubah cara hidup anda!

Pendekatan seperti ini kurang efektif untuk membuat persedian yang baik untuk hari tua anda!


1. Makan dengan sihat
🔘Elak atau kurangkan pengambilan gula atau garam atau makanan yang boleh mendatangkan masalah kesihatan.

2. Fokus pada pencegahan.
🔘Lakukan pemeriksaan kesihatan untuk tahap kolesterol, kanser usus, masalah jantung dan sebagainya.

3. Tidur yang cukup
🔘Penting untuk kesihatan yang optimum kerana badan melakukan self-healing ketika kita tidur. 

4. Jaga kesihatan mental
🔘Amalkan aktiviti yang mampu merangsang minda yang berupaya untuk dilakukan ketika kita menjejak kaki diusia emas.
🔘Aktiviti-aktiviti seperti melakukan teka-teki silang kata, membaca dan menulis dan mencuba hobi baru berupaya untuk mengurangkan (atau mengelak) kadar penurunan kesihatan mental.

5. Jaga kesihatan mata
🔘Pastikan anda sentiasa menjaga kesihatan mata anda - jangan membaca buku atau melihat skrin telefon bimbit dalam kawasan atau bilik gelap, dan sebagainya.
🔘Jika anda memakai cermin mata, pastikan anda menggunakan cermin mata yang mempunyai 'kuasa' kanta yang sesuai dengan mata anda kerana ia dapat mengurangkan kadar pertambahan 'kuasa' kanta. 

6. Kekal aktif secara fizikal
🔘Gabungkan senaman yang mudah yang mampu untuk diteruskan ketika diusia emas, kedalam aktiviti senaman anda.
🔘Bukan semua warga emas mampu untuk meneruskan senaman lasak yang biasa dilakukan ketika diusia muda apabila sudah berusia emas.
🔘Apabila senaman mudah ini dimasukkan kedalam aktiviti senaman anda, ia membolehkan anda meneruskan senaman mudah ini tanpa henti walaupun usia anda sudah lanjut dan tidak lagi berupaya melakukan senaman lasak seperti dulu.
🔘Perlu diingatkan senaman penting kerana bukan sahaja ia dapat mengurangkan kemurungan tetapi meningkatkan tenaga, kesihatan mental dan kesihatan badan. 




Bacan selanjutnya ---> Warga Emas / Senior Citizen


Semoga anda mendapat manfaat. آمین


والله أعلم
  
Updated 07Ogos2025 0838am

Ulasan

Artikel Popular Minggu Ini

Masalah Huyung-Hayang: Perspektif Sains

Masalah huyung-hayang atau rasa pening yang menyebabkan seseorang berasa tidak stabil merupakan gejala yang kerap berlaku dalam kalangan pesakit. 

Asyik Marah-Marah Selepas Bangun Tidur di Pagi Hari

Bangun tidur dengan perasaan marah bukan sekadar isu emosi, tetapi mempunyai asas saintifik yang jelas.

3 Senaman untuk Pesakit GERD

Infografik © Kedak Tok BlogSpot.com - GERD dan 3 Senaman Yang Boleh Membantu 🔴 Apa Itu GERD? Penyakit Refluks Gastroesofagus (GERD) ialah keadaan pencernaan kronik di mana asid perut - dan kadangkala hempedu - mengalir semula ke dalam esofagus (saluran yang menghubungkan mulut ke perut). 

Statin (Pil Koleserol) dan Kerosakan Hati

Statin merupakan antara ubat yang paling kerap diberikan oleh doktor kepada pesakit dengan paras kolesterol tinggi dan risiko penyakit jantung. 

Penyakit Buah Pinggang : Amalan dan Larangan bagi Pesakit yang Menghidap Diabetes & Masalah Kolesterol

Infografik © Kedak Tok BlogSpot.com – Lindungi Buah Pinggang, Jantung & Kesihatan Anda 🩺 Penyakit Buah Pinggang: Amalan dan Larangan bagi Pesakit yang Menghidap Diabetes & Masalah Kolesterol Gambaran Umum: Buah pinggang berfungsi menapis sisa dan lebihan cecair daripada darah. Apabila rosak, toksin akan terkumpul dan menyebabkan penyakit buah pinggang kronik (CKD), kecederaan buah pinggang akut (AKI) atau keadaan genetik seperti penyakit polikistik buah pinggang (PKD). Pesakit CKD lazimnya turut menghadapi diabetes dan kolesterol tinggi, yang meningkatkan risiko penyakit jantung serta mempercepatkan kerosakan buah pinggang. Realiti di Malaysia: Skala masalah ini amat membimbangkan. Lebih daripada 5 juta rakyat Malaysia hidup dengan CKD, namun hanya 5% yang menyedari keadaan mereka (Majlis Keselamatan Negara/ACT‑KID 2025). Diabetes merupakan punca utama - menyumbang kepada 61% kes kegagalan buah pinggang - dan lebih separuh daripada pesakit dia...