08 May 2020

شفاها الله

Sepupu saya telah menjalani ujian Covid-19 kedua hari ini.

Jika keputusan negatif, ini bermakna dia telah sembuh sepenuhnya daripada jankitan virus Covid-19. إن شاء الله‎

Dia telah keluar dari hospital kira-kira seminggu yang lepas untuk berkuarantin di rumah setelah ujian Covid-19 yang sebelumnya menunjukkan keputusan yang negatif. ٱلْـحَـمْـدُ للهِ‎
Setakat ini, ujian saringan Covid-19 untuk adik bungsunya dan anak-anaknya adalah negatif. 

ٱلْـحَـمْـدُ للهِ‎

Manakala keputusan ujian saringan Covid-19 kedua untuk suaminya belum keluar.

Sebelum ini, keputusan ujian saringzn Covid-19 yang pertama untuk suaminya adalah negatif. 

ٱلْـحَـمْـدُ للهِ‎

Ujian darah untuk makcik saya belum keluar lagi.

Semoga keputusan ujian darah menunjukkan dia bebas dari virus Covid-19. أمين

Semoga pakcik saya dan keluarganya dilindungi ALLAH swt. أمين

اَللّٰهُ أَعْلَم
  

No comments:

Post a Comment