27 March 2020

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali


Atas dasar kasihan, kita sering mencadangkan ahli keluarga / rakan yang sakit misteri agar mendapatkan rawatan daripada perawat yang kita kenali secara peribadi.

Diakui sikap begini memang sikap yang patut dipuji.

Bagaimanapun, seelok-eloknya biarlah berpada-pada.

Tahukah anda bahawa anda sebenarnya mendedahkan diri anda kepada bahaya apabila anda berbuat demikian?

Tahukah anda bahawa ada insan yang bernasib malang semata-mata kerana mencadangkan agar ahli keluarga / rakannya mendapatkan rawatan daripada perawat yang kenalinya?

Berbaloi?

Jika individu yang sakit adalah rapat dan dekat dengan kita, mungkin berbaloi untuk kita mendapat sakit yang sama / serupa dengan individu tersebut.

Tetapi jika tak rapat?

Tepuk dada, tanya selera.

Kita boleh kurangkan risiko keatas diri kita dengan membuat saranan umum.

Contoh: Kita mengenali perawat di Daerah A. Manakala kita dan individu yang sakit tinggal di Daerah B.

Kita boleh cadangkan nama perawat dan daerah dimana perawat tinggal kepada individu yang sakit.

Tetapi jangan beri nombor telefon atau alamat perawat.

Cukup sekadar memberitahu maklumat am - nama dan daerah.

Jangan anda risau - jika ada takdir dari ALLAH swt untuk mereka berjumpa, mereka pasti akan berjumpa.

Biasanya pihak pencadang akan sakit apabila jin yang mengganggu individu yang sakit merasa tidak puas hati dengan tindakan membuat cadangan yang diterima dan dilaksanakan oleh individu yang sakit.

Atas sebab ini, anda hendaklah berfikir dengan mendalam sebelum anda mengambil keputusan sama ada hendak beri maklumat detail (risiko tinggi) atau am (tiada risiko atau risiko amat rendah).

اَللّٰهُ أَعْلَم

t.me/KedakTok
  

No comments:

Post a Comment