Cape town: Paderi di Afrika Selatan mendakwa mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit dengan hanya kentut di hadapan muka pesakit yang datang menemuinya.
Suara.com melaporkan, Christ Penelope dari Bandar Siyandani, Limpopo berkata, dia bukan sekadar kentut di hadapan pesakit tetapi memberikan mereka kesembuhan.
"Bukan hanya kentut semata-mata, saya sembuhkan mereka," tegasnya.
Kaedah Penelope bagaimanapun mendapat bantahan beberapa paderi lain yang beranggapan perbuatannya mencemarkan nama baik gereja.
"Gereja adalah tempat yang suci. Perbuatan ini bertentangan dengan kepercayaan agama kami," kata paderi di gereja SevenFold Holy Spirit.
Meskipun kaedahnya lelaki ini luar kebiasaan namun ramai penduduk tempatan yang mempercayainya malah sanggup beratur lama menunggu giliran.
Ada yang sanggup menunggu dua bulan dalam senarai berjumpa Penelope semata-mata mahu mendapatkan rawatan kentut yang disediakannya.
Sumber: Harian Metro
No comments:
Post a Comment