16 Mac 2020

#Soalan : Ada ayat pendinding badan yang saya boleh amalkan?

Ikon gelembung ucapan bertindih berwarna merah jambu dengan huruf "Q" dan "A" atas latar biru cerah—symbolizing two-way communication like Q&A, customer support, or educational content. Modern minimalist design with 3D depth.

Dari semasa ke semasa, saya akan menerima pertanyaan tentang pendinding badan.

Ada banyak ayat-ayat yang boleh digunakan sebagai pendinding diri.

Terpulang kepada individu untuk memilih ayat yang dikehendaki.

Secara amnya pemilihan ayat bergantung kepada citarasa masing-masing.

Ada yang selesa dengan ayat Kursi.

Ada yang selesa dengan Surah al-Ikhlas.

Ada yang selesa dengan Surah at-Tahrim, ayat 8.

Dan banyak lagi.

Untuk saya, ada tiga 'ayat' pendinding yang saya sering sarankan kepada ramai orang.
  • Surah al-Fatihah, Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq, dan Surah an-Nas
    • Tiup kedua-dua tapak tangan, dan baca empat surah sebanyak sekali atau tiga kali (sambil mulut berada dekat dengan tapak tangan)
    • Selepas selesai membaca semua surah, sapu semua bahagian badan yang dapat dicapai oleh tapak tangan.
    • Lakukan ini sebelum keluar rumah
  • Amalkan sahadah dan salawat.

لا اله الا الله محمد رسول الله

اللهم صلى على محمد



Perlu saya ingatkan disini bahawa saranan saya adalah berdasarkan citarasa atau kesuaian untuk diri saya.

Jika yang saya sarankan bersesuaian dengan anda, الحمد لله.

Jika tidak berjaya, jangan risau. 

Ada banyak ayat-ayat yang boleh digunakan sebagai pendinding diri.

والله أعلمُ بالـصـواب

Kemas Kini : 23 November 2025
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan