Kebanyakan kajian akupunktur untuk berhenti merokok memberi tumpuan pada telinga (protokol NADA).
Artikel ini pula memberi tumpuan pada titik badan dan pergelangan tangan.
Titik yang kerap dikaji:
- LI4 (Hegu) – antara ibu jari dan jari telunjuk
- PC6 (Neiguan) – lengan bawah bahagian dalam
- ST36 (Zusanli) – di bawah lutut
- Tim-Mee – titik pergelangan tangan direka khusus untuk berhenti merokok, bukan titik TCM klasik. Lokasi acupoin kira-kira lebar ibu jari dari garis lipatan pergelangan tangan
Dalam TCM, titik-titik ini dikaitkan dengan pengurangan tekanan dan ketenangan, yang mungkin membantu semasa penarikan nikotin.
Titik-titik lain yang dikaji :
- PC8 - Genggam tangan secara longgar - hujung jari tengah anda akan menyentuh PC8 di tengah tapak tangan.
- TE5 (Weiguan) - Lokasi akupoin ialah kira-kira dua ibu jari dari lipatan pergelangan tangan (bahagian belakang lengan) - iaitu di celah antara dua tulang lengan
Kebanyakan kajian menilai gabungan beberapa titik serentak, jadi sukar menentukan sumbangan satu titik sahaja.
Bukti Saintifik
Rangsangan pada titik-titik ini mungkin membantu kurangkan keinginan merokok dalam sesetengah perokok, walaupun dapatan tidak konsisten.
Tim-Mee biasanya digunakan sebagai tampalan herba, bukan jarum.
Bersama Lieque (LU7) dan Hegu (LI4), ia antara titik badan paling kerap digunakan dalam kajian berhenti merokok - tetapi kualiti buktinya masih terhad dan kebanyakan kajian dari China.
TEAS (Transcutaneous Electrical Acupoint Stimulation) menggunakan LI4 dan PC6 dilaporkan mengurangkan keinginan merokok.
Satu kajian elektroakupunktur (LI4, PC6, PC8, TE5) melaporkan kadar berhenti lebih tinggi berbanding vareniklin.
Namun tinjauan sistematik konsisten menyimpulkan kepastian bukti masih rendah, dan akupunktur palsu sering memberi kesan hampir sama - menunjukkan faktor plasebo turut berperanan.
Akupresur Sebagai Penjagaan Kendiri
Akupresur lebih praktikal untuk penjagaan kendiri.
Tekanan pada LI4, atau gelang PC6, digunakan sesetengah perokok untuk kurangkan keinginan atau tekanan.
Gelang PC6 lebih terbukti untuk loya berbanding berhenti merokok. Ia murah dan mudah dilakukan sendiri, berbeza dengan akupunktur yang memerlukan pengamal terlatih.
Kebanyakan kajian klinikal menggunakan 6 hingga 10 sesi rawatan.
Keselamatan
Akupresur sendiri umumnya selamat jika dilakukan betul, tetapi elakkan kulit cedera, luka terbuka, atau kawasan patah tulang dan jangkitan.
LI4 secara tradisional dielakkan semasa hamil melainkan diawasi profesional kesihatan.
Rawatan terbaik apabila digabung dengan kaunseling, program berhenti merokok berasaskan bukti, dan rawatan standard seperti NRT atau vareniklin.
Kesimpulan
Akupresur pada titik badan dan pergelangan tangan mungkin membantu sesetengah individu, tetapi bukti semasa masih bercampur dan tidak mengesahkan mana-mana satu titik berkesan bersendirian.
Ia sesuai sebagai pelengkap kepada pelan berhenti merokok yang menyeluruh, bukan pengganti rawatan terbukti.
📚 Rujukan
- Zhang Y, et al. (2024). Acupuncture and related acupoint therapies for smoking cessation: An umbrella review (sumber data Tim-Mee, Lieque, Hegu). Tobacco Induced Diseases.
- Fan S, et al. (2025). Acupuncture for smoking cessation: Overview of systematic reviews. Frontiers in Public Health.
- Lambert C, et al. (2011). A Standardized Transcutaneous Electric Acupoint Stimulation for Smoking Cessation and Urge to Smoke. Evidence-Based Complementary and Alternative Medicine.
- Lai Z, et al. (2025). Electroacupuncture as a Non-Pharmacological Intervention for Nicotine Dependence: Evidence from a Randomized Clinical Trial. Therapeutics and Clinical Risk Management.
- White AR, et al. (2014). Acupuncture and related interventions for smoking cessation. Cochrane Database of Systematic Reviews.
Ulasan
Catat Ulasan