Langkau ke kandungan utama

Tinnitus: Desingan telinga yang menyiksa – acupoint tips may ease the ringing


Tinnitus adalah satu keadaan di mana seseorang itu merasai telinga mereka berdesing. 

Jenis bunyi desingan berbeza bagi setiap individu. 

Biasanya desingan  tersebut bagaikan bunyi loceng atau lebah yang sedang terbang. 

Tetapi ada yang menyatakan bahawa desingan yang mereka alami menyerupai bunyi desiran- seumpama bunyi air terjun mengalir. 

Ada yang menyamai  desingan seakan bunyi udara bergerak di dalam botol yang kosong. 

Terdapat pelbagai jenis desingan lagi yang dialami oleh pesakit dan kebiasaannya,  desingan bunyi  tersebut  mempunyai satu nada dan satu pitch yang tertentu.

Definisi tinnitus adalah pengalaman di mana seseorang itu dalam keadaan sedar kewujudan bunyi di dalam kepala subjek  tanpa kehadiran sebarang bunyi di persekitarannya pada waktu yang sama.

Dengan erti kata lain- hanya subjek sendiri sahaja  yang boleh mendengar tinnitus. peratusan besar kes tinnitus adalah merangkumi symptom ini dan ia, juga dikenali sebagai tinnitus subjektif.

Jarang kali, terdapat tinnitus yang dapat didengari oleh orang lain. 

Ini kemungkinan berlaku  dalam kes ketumbuhan salur darah di bahagian leher yang besar di mana terdapat gangguan dalam aliran darah. 

Pada kebiasaannya bunyi ini boleh didengar dengan bantuan stetoskop yang diletakkan pada kawasan ketumbuhan tersebut dan bukannya pada jarak biasa pertuturan kita. 

Tinnitus sebegini yang boleh didengari oleh orang lain juga dikenali sebagai tinnitus objektif.

Dalam bidang ENT (telinga,hidung dan tekak), perlu diingatkan bahawa bunyi tinnitus adalah biasanya dalam satu nada yang sekata. 

Sekiranya bunyi adalah dalam bentuk pertuturan- iaitu sama ada bunyi orang bercakap kepada subjek, atau pebualan antara orang didengari tanpa orang di sekeliling, subjek tersebut bukan mengalami tinnitus. 

Ini adalah lebih kepada penyakit psikiatrik yang perlu dirujuk kepada pakar psikiatrik 

Walaubagaimanapun, dalam pengalaman saya, ada juga yang akan berjumpa bomoh atau ustaz yang berkelayakan untuk menanggani situasi ini.

Antara sebab terjadinya tinnitus yang biasa:
  • Terdedah kepada bunyi bising- sama ada untuk waktu sangat sekejap (letupan, tembakan senjata api), sementara (menghadiri konsert, bilik yang bisisng) atau jangkamasa yang lama dan berulang (bekerja menggunakan alatan jentera seperti bertukang, membina jalanraya dan sebagainya)
  • Usia yang lanjut. Semakin tua seseorang itu, semakin banyak kerosakan pada sel sel pendengaran. Semakin banyak kerosakan, maka tinnitus akan menjadi semakin teruk.
  • Sumbatan tahi telinga (impacted ear wax)
  • Kecederaan kepala dan telinga, biasanya dari kemalangan jalan raya dan industri.
  • Darah tinggi dan arteriosklerosis
  • Ubat- pelbagai jenis ubat boleh meyebabkan tinnitus. Anda perlu merujuk kepada doktor atau informasi produk yang disertakan bersama bungkusan ubat.
  • Ketumbuhan di bahagian otak terutamanya saraf pendengaran atau ketumbuhan di hidung.
  • Jangkitan telinga- sama ada telinga dalam, tengah atau luar
Ada beberapa lagi punca tinnitus, tetapi ia jarang berlaku dan tidak tersenarai di sini.

Sekiranya anda menghadapi tinnitus, anda disarankan berjumpa doktor. 

Sekiranya perlu, anda akan dirujuk kepada pakar ENT. 

Perlu diingati bahawa tinnitus adalah satu gejala (simptom) dan bukan diagnosis. 

Tugas doctor ENT ialah mendapatkan informasi secukupnya dari pesakit, melakukan pemeriksaan telinga, hidung dan leher. 

Seterusnya, ujian pendengaran akan dilakukan untuk memgetahui tahap pendengaran.

Sekiranya ada punca penyakit yang boleh dirawat- seperti jangkitan telinga, darah tinggi, ubat tertentu; maka rawatan adalah ditujuhalakan ke arah punca tinnitus. 

Sekiranya ada kurang tahap pendengaran yang dikesan semasa ujian pendengaran tanpa sebab tertentu- pesakit akan diberi tempoh percubaan menggunakan alat pendengaran (hearing aid). 

Apabila pesakit boleh mendengar lebih baik dengan alat pendengaran, intensiti tinnitus akan berkurangan.

Segelitir pesakit malangnya, tidak dapat dirawat dengan kaedah ini. 

Terdapat alat pendengaran yang menggunakan tinnitus masker. 

Alat ini akan menjanakan bunyi sebagai bunyi asing yang boleh mengalih perhatian pesakit dari bunyi tinnitus. 

Walaubagaimanapun, bukan semua pesakit boleh sembuh dengan kaedah ini.

Sekiranya anda mengalami tinnitus, segeralah berjumpa dengan doktor anda dan sebaiknya pakar ENT untuk pemeriksaan yang lebih lanjut kerana tinnitus adalah satu gejala yang akan memberi petunjuk kepada penyakit yang sebenarnya yang tidak diketahui.

↑↑↑ Sumber : Dr Ahmad Nordin

↓↓↓ Rujukan Utama : Acupressure.com

Titik-titik akupoin dibawah boleh diurut untuk mengurangkan desingan telinga.


(1)
Tarik nafas perlahan dan dalam sambil mengurut poin GV20, dengan menggerakkan jari anda secara perlahan ikut / lawan pusingan jam. Teruskan selama dua minit.


(2)
Letakkan hujung jari kedua-dua tangan kira-kira 1/8 inci di belakang telinga anda. Tutup mata anda dan rasakan bintik-bintik berongga di sepanjang belakang telinga anda, dan masukkan hujung jari anda ke dalam setiap lekukan ini. Tarik nafas perlahan dan dalam sambil mengurut kawasan ini dengan kuat, dengan menggerakkan tangan anda secara perlahan dan meluncur di atas benjolan pada tengkorak anda. Teruskan selama dua minit.


(3)
Gunakan titik Acupressure GB 20, di bawah pangkal tengkorak anda dan titik Acupressure di sekeliling bahagian atas kepala anda. Tekan titik ini kira-kira lima kali setiap satu, seli kedudukan anda antara tekanan tegas pada GB 20 dan tekanan ke tempat sakit di bahagian belakang bahagian atas kepala anda. Titik Acupressure ini di bawah pangkal tengkorak anda adalah suci dan rohani.


(4)
Titik akupoin ini berada di bawah pusat - iaitu dua jari di bawah pusat. Urut titik ini dan tarik nafas dalam perlahan. Biarkan diri anda berada dalam keadaan santai yang mendalam selama 5 hingga 10 minit.


وَاللَّهُ أَعْلَمُ

  

Ulasan

Artikel Popular Minggu Ini

Masalah Huyung-Hayang: Perspektif Sains

Masalah huyung-hayang atau rasa pening yang menyebabkan seseorang berasa tidak stabil merupakan gejala yang kerap berlaku dalam kalangan pesakit. 

Asyik Marah-Marah Selepas Bangun Tidur di Pagi Hari

Bangun tidur dengan perasaan marah bukan sekadar isu emosi, tetapi mempunyai asas saintifik yang jelas.

3 Senaman untuk Pesakit GERD

Infografik © Kedak Tok BlogSpot.com - GERD dan 3 Senaman Yang Boleh Membantu 🔴 Apa Itu GERD? Penyakit Refluks Gastroesofagus (GERD) ialah keadaan pencernaan kronik di mana asid perut - dan kadangkala hempedu - mengalir semula ke dalam esofagus (saluran yang menghubungkan mulut ke perut). 

Statin (Pil Koleserol) dan Kerosakan Hati

Statin merupakan antara ubat yang paling kerap diberikan oleh doktor kepada pesakit dengan paras kolesterol tinggi dan risiko penyakit jantung. 

Penyakit Buah Pinggang : Amalan dan Larangan bagi Pesakit yang Menghidap Diabetes & Masalah Kolesterol

Infografik © Kedak Tok BlogSpot.com – Lindungi Buah Pinggang, Jantung & Kesihatan Anda 🩺 Penyakit Buah Pinggang: Amalan dan Larangan bagi Pesakit yang Menghidap Diabetes & Masalah Kolesterol Gambaran Umum: Buah pinggang berfungsi menapis sisa dan lebihan cecair daripada darah. Apabila rosak, toksin akan terkumpul dan menyebabkan penyakit buah pinggang kronik (CKD), kecederaan buah pinggang akut (AKI) atau keadaan genetik seperti penyakit polikistik buah pinggang (PKD). Pesakit CKD lazimnya turut menghadapi diabetes dan kolesterol tinggi, yang meningkatkan risiko penyakit jantung serta mempercepatkan kerosakan buah pinggang. Realiti di Malaysia: Skala masalah ini amat membimbangkan. Lebih daripada 5 juta rakyat Malaysia hidup dengan CKD, namun hanya 5% yang menyedari keadaan mereka (Majlis Keselamatan Negara/ACT‑KID 2025). Diabetes merupakan punca utama - menyumbang kepada 61% kes kegagalan buah pinggang - dan lebih separuh daripada pesakit dia...