05 Disember 2025

Mengapa lelaki sejati menjadi songsang?

Two bold black arrows on a white background, horizontally aligned. The top arrow points right, and the bottom arrow points left, symbolizing bidirectional movement or reversible processes. Kedak Tok BlogSpot is written between the two arrows.


Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana seorang lelaki yang 'sejati' tiba-tiba menjadi songsang?

Hal ini berlaku mungkin disebabkan elemen mistik.

Dakwaan ini berdasarkan kepada pengalaman saya merawat seorang lelaki muda yang saya namakan sebagai Man (untuk memudahkan penceritaan).

Man seorang lelaki sejati yang berperwatakan lembut.

Dia memberitahu saya bahawa dia mengalami masalah dalam hubungan dengan rakan lelakinya yang tiba-tiba menyukainya sepertimana seorang lelaki menyukai seorang perempuan.

Pada mulanya saya menyalahkan rakan Man kerana bernafsu songsang.

Tetapi apabila saya terkena tempias angin songsang ketika berjumpa Man, saya merasa sangat hairan.

Mengapa ini terjadi?

Saya bernasib baik disebabkan saya adalah perawat mistik - dan sebagai perawat mistik, banyak tempias mistik yang telah saya alami.

'Pengsan' selepas melakukan rawatan.

Sakit selepas melakukan rawatan.

Sukar tidur selepas melakukan rawatan.

Menangis menahan kesahitan selepas melakukan rawatan.

Ada banyak kisah-kisah peribadi disebabkan tempias mistik.

Dan tempias angin songsang juga pernah dirasai.

Alhamdulillah - dengan izin dan kehendak ALLAH swt, kesan tempias dapat dipulihkan.

Allahuakbar!!!

Terimakasih ALLAH Maha Pengasih Maha Penyayang.

Disebaban pengalaman peribadi ini, saya selalu menyarankan Ayat 8, Surah at-Tahrim sebagai pendinding minda - melindungi minda dari dikawal oleh makhluk ghaib yang merasuk atau berada dalam badan.

Ramai bekas pesakit saya yang mengalami masalah gangguan minda mistik mengakui keberkesanan ayat 8, Surah at-Tahrim.

Berkenaan rawatan untuk lelaki yang tewas setelah terkena tempias angin songsang, saya menyarankan agar mereka mendapatkan rawatan rukyah.

Jika hati benar-benar berkeinginan untuk kembali normal, insyallah rawatan rukyah dapat membantu.

Dan pada masa yang sama, jangan lupa amalkan Ayat 8, Surah at-Tahrim.

Wallahua'lam.

p/s Benarlah kata-kata seorang warga emas yang mengatakan penyakit songsang ini seperti virus. Wallahua'lam.

---

Tip rawatan kendiri yang saya sarankan kepada anak rakan saya :

  • Amal sebagai zikir untuk halang pemikiran negatif 
     لا إله إلا الله محمد رسول الله
اللهم صل على محمد وعلى آل محمد

والله أعلم بالصواب

Tiada ulasan:

Catat Ulasan