Langkau ke kandungan utama

#Soalan : Saka Jin dapat dibuang?

Ikon gelembung ucapan bertindih berwarna merah jambu dengan huruf "Q" dan "A" atas latar biru cerah - symbolizing two-way communication like Q&A, customer support, or educational content. Modern minimalist design with 3D depth. 

Ini adalah soalan yang paling popular dikalangan individu yang didampingi saka jin

Pada pandangan saya, saka jin sukar untuk dibuang tapi mudah untuk 'dibuang' 😉. 

Jin yang berstatus saka jin yang mendampingi manusia sebenarnya adalah anggota kumpulan jin keturunan. 

Sebab itu ada keluarga yang mana setiap ahli keluarga didampingi saka jin yang berbeza - tetapi dari kumpulan yang sama. 

Dan setiap kumpulan saka jin, ada ketua yang mengetuai ratusan / ribuan jin (bergantung kepada jumlah ahli keluarga yang dihitung bermula dari individu pertama yang didampingi jin yang kemudiannya turun ke generasi keturunannya).

Sebab itu jangan terkejut atau hairan apabila perawat berkata ada ratusan atau ribuan jin mendampangi individu yang sedang dirawat😉.

Seebnarnya, jika individu tersebut dirawat atas sebab ada saka jin, ratusan atau ribuan jin yang dikatakan oleh perawat tersebut merujuk kepada ahli-ahli kumpulan saka jin - dan bukannya pendamping individu tersebut. وَاللهُ اَعْلَمُ

Tetapi ada keluarga yang mana hanya seorang sahaja ahli keluarga yang didampingi oleh saka jin.

Untuk kumpulan saka jin bagi keluarga ini, mungkin jumlah saka jin tidak banyak. وَاللهُ اَعْلَمُ

Saka jin sukar untuk dibuang kerana biasanya perawat berinteraksi dengan ahli kumpulan saka jenis yang bukan berstatus ketua. 

Atas sebab itu, apabila saka jin sudah dibuang, akan ada kehadiran saka jin baru yang mengambil alih kekosongan. 

Dan proses ini berlanjutan sehingga tiada ahli kumpulan untuk mengisi kekosongan. 

Atas sebab itu, proses membuang saka agak meletihkan dan membosankan. 

Disebabkan proses yang sentiasa berulang-ulang ini, saya mengambil pendekatan yang berbeza untuk menangani masalah saka. 

Saya memfokus kepada usaha untuk meleraikan 'ikatan' diantara saka jin dan manusia yang didampinginya. 

Setelah ikatan diputuskan atau dileraikan, saka jin masih ada berdekatan tetapi ia tidak lagi mampu untuk 'menguasai' manusia yang pernah didampinginya. 

Proses untuk meleraikan ikatan ini tidak sukar - ia agak mudah. 

Sebab itu saya mengatakan : mudah untuk 'dibuang'.

Mengapa saya mengambil sikap 'tiada masalah' berkenaan 'kehadiran' bekas saka jin berhampiran dengan manusia yang pernah didampingnya? 

Ini kerana kehadiran jin-jin dikalangan manusia adalah satu lumrah kehidupan. 

Bukan satu perkara yang luarbiasa atau pelek untuk ada kehadiran jin. 

Bahkan kita 'berkongsi' dunia dengan jin 😉. 

Alam kita berbeza tapi dunia kita sama. 

وَاللهُ اَعْلَمُ

Sudah tentu bekas saka jin akan berusaha untuk mendampingi individu yang pernah didampinginya. 

Atas sebab itu, manusia yang pernah didampingi oleh saka jin mesti sentiasa mengamalkan proses melerai ikatan - sekerap yang mungkin. 

وَاللهُ اَعْلَمُ

p/s Merujuk kepada dakwaan saka jin telah berjaya dibuang, pada pandangan saya (berdasarkan pengalaman saya), hanya masa akan menentukan kesahihan dakwaan tersebut. Kerana ada kes-kes yang pernah saya tangani, saka jin yang dikatakan telah berjaya dibuang sebenarnya masih lagi mendampingi meereka. وَاللهُ اَعْلَمُ
  

👉👉👉 Senarai #Soalan

Ulasan

Artikel Popular Minggu Ini

Masalah Huyung-Hayang: Perspektif Sains

Masalah huyung-hayang atau rasa pening yang menyebabkan seseorang berasa tidak stabil merupakan gejala yang kerap berlaku dalam kalangan pesakit. 

Asyik Marah-Marah Selepas Bangun Tidur di Pagi Hari

Bangun tidur dengan perasaan marah bukan sekadar isu emosi, tetapi mempunyai asas saintifik yang jelas.

3 Senaman untuk Pesakit GERD

Infografik © Kedak Tok BlogSpot.com - GERD dan 3 Senaman Yang Boleh Membantu 🔴 Apa Itu GERD? Penyakit Refluks Gastroesofagus (GERD) ialah keadaan pencernaan kronik di mana asid perut - dan kadangkala hempedu - mengalir semula ke dalam esofagus (saluran yang menghubungkan mulut ke perut). 

Statin (Pil Koleserol) dan Kerosakan Hati

Statin merupakan antara ubat yang paling kerap diberikan oleh doktor kepada pesakit dengan paras kolesterol tinggi dan risiko penyakit jantung. 

Penyakit Buah Pinggang : Amalan dan Larangan bagi Pesakit yang Menghidap Diabetes & Masalah Kolesterol

Infografik © Kedak Tok BlogSpot.com – Lindungi Buah Pinggang, Jantung & Kesihatan Anda 🩺 Penyakit Buah Pinggang: Amalan dan Larangan bagi Pesakit yang Menghidap Diabetes & Masalah Kolesterol Gambaran Umum: Buah pinggang berfungsi menapis sisa dan lebihan cecair daripada darah. Apabila rosak, toksin akan terkumpul dan menyebabkan penyakit buah pinggang kronik (CKD), kecederaan buah pinggang akut (AKI) atau keadaan genetik seperti penyakit polikistik buah pinggang (PKD). Pesakit CKD lazimnya turut menghadapi diabetes dan kolesterol tinggi, yang meningkatkan risiko penyakit jantung serta mempercepatkan kerosakan buah pinggang. Realiti di Malaysia: Skala masalah ini amat membimbangkan. Lebih daripada 5 juta rakyat Malaysia hidup dengan CKD, namun hanya 5% yang menyedari keadaan mereka (Majlis Keselamatan Negara/ACT‑KID 2025). Diabetes merupakan punca utama - menyumbang kepada 61% kes kegagalan buah pinggang - dan lebih separuh daripada pesakit dia...