14 January 2022

#Kisah Pesakit : Si ibu enggan ke klinik walaupun bisul kian membesar


Ibu Aminah (bukan nama sebenar) mengidap bisul ditepi tulang belikat.

Mulanya ibu Aminah takut untuk berjumpa doktor kerana dia tidak mahu bisulnya 'dikorek'.

Ibu Aminah mendakwa dia pernah alami situasi yang mana bisulnya 'dikorek' untuk mencuci bisul.

Kalau boleh dia enggan mengalami situasi yang sama.

Bagaimanapun, selepas di pujuk Aminah, akhirnya ibu Aminah mahu berjumpa doktor swasta.

Ibu Aminah 'bernasib baik' kerana bisulnya belum matang.

Oleh itu, doktor hanya memberi ubat bisul.

Alhamdulillah, bisul mengecil; dan akhirnya sembuh.

Beberapa bulan kemudian, Aminah hairan apabila ibunya memintanya membeli kapur sirih.

Ketika menyerahkan kapur sirih, Aminah bertanya ibunya, mengapa dia memerlukan kapur sirih.

Ibu Aminah memberitahu bisul mula membesar.

Aminah tidak bertanya lebih lanjut kerana ibunya kelihatan enggan berbual lanjut mengenai bisul yang tumbuh dibelakangnya (ditepi tulang belikat berhampiran dengan ketiak kirinya).

Lebih kurang seminggu kemudian, Aminah diberitahu adiknya bahawa bisul ibu mereka sudah besar.

Aminah bergegas kerumah ibunya untuk melihat keadaan bisul ibunya.

Aminah terkejut dengan keadaan bisul ibunya - hampir matang dan ada nanah.

Aminah bertanya sama ada ibunya mahu ke klinik.

Ibunya menjawab, tidak mahu.

DIsebabkan itu, Aminah terpaksa berusaha remedi semulajadi.

Pilihan pertama Aminah ialah minyak kelapa.

Hampir setiap malam, dalam tempoh seminggu, Aminah menyapu minyak kelapa - tapi Aminah agak kecewa kerana pada penglihatannya tiada sebarang perkembangan yang positif.

Disebabkan tiada perkembangan positif, adik Aminah mencadangkan untuk mengguna minyak Castor.

Alhamdulillah. Kesan positif minyak Castor amat memberangsangkan.

Dalam tempoh 24 jam, bisul menjadi kering.

Sejak itu, Aminah dan adiknya menyapu minyak Castor di bisul ibunya.

Dalam tempoh seminggu, bisul sudah mengecil dan akhirnya puilih.

Alhamdulillah.
 

No comments:

Post a Comment