Earworm ialah lagu berulang yang secara muncul secara tiba-tiba dan melekat dalam fikiran anda.
Ia mungkin berlaku disebabkan cetusan memori, seperti kembali ke tempat tertentu atau melihat perkataan atau frasa yang dikaitkan dengan lagu.
Kajian sains menunjukkan earworm berlaku kerana otak kita mempunyai “phonological loop” iaitu sistem ingatan jangka pendek yang menyimpan bunyi berulang.
Lagu dengan melodi ringkas, tempo pantas atau corak naik-turun yang mudah diingat lebih cenderung melekat dalam fikiran.
Selain itu, earworm juga dipengaruhi oleh emosi dan konteks.
Lagu yang dikaitkan dengan kenangan peribadi, rutin harian atau perasaan tertentu akan lebih mudah muncul semula secara spontan.
Dopamin yang dilepaskan ketika mendengar lagu menarik turut menguatkan kecenderungan otak untuk mengulanginya.
Untuk menghentikan earworm, anda boleh lakukan ⬇️ :
🎶 Sibukkan diri dengan aktiviti lain
🎶 Kunyah gula-gula getah
🎶 Cuba untuk abaikan
🎶 Tambah variasi lagu dalam fikiran
🎶 Dengarkan keseluruhan lagu
Rujukan
Artikel Berkaitan
© 2024 Kedak Tok BlogSpot · Disclaimer: This content is for general public health education and information only. It is not medical advice or peer‑reviewed research. Always consult a qualified healthcare professional before making health‑related decisions.
والله أعلم بالصواب
Updated: 06 Julai 2026
Tiada ulasan:
Catat Ulasan