Kemungkinan besar anda sedang berhadapan dengan gangguan mistik.
Kehadiran lalat-lalat diketika yang tidak sepatutnya berlaku menunjukkan ada kemungkinan berlaku gangguan mistik.
Secara amnya kehadiran lalat-lalat 'misteri' ini menandakan kehadiran makhluk ghaib (jin).
Bagaimanapun, sama ada kehadiran tersebut, hanya setakat menghadirkan diri, atau hendak atau sedang menyerang, wallahua'lam.
Tetapi sebaik-baiknya, apabila berdepan dengan situasi kehadiran lalat-lalat 'misteri', anda hendaklah dengan segera berusaha untuk menghalau lalat-lalat tersebut.
Jangan ambil mudah kerana dikhuatiri kehadiran jin bukan setakat hendak menunjuk kehadirannya tetapi ia hendak atau sedang menyerang.
وَاللَّهُ أَعْلَمُ
No comments:
Post a Comment