17 February 2020

#Soalan : Apa itu Minyak Sakang Seribu?

Ikon gelembung ucapan bertindih berwarna merah jambu dengan huruf "Q" dan "A" atas latar biru cerah - symbolizing two-way communication like Q&A, customer support, or educational content. Modern minimalist design with 3D depth.


Minyak sakang seribu amat hebat kerana ia mampu untuk merawat banyak penyakit dengan hanya melumurkan minyak ditempat yang sakit.

Bahkan minyak ini dikatakan mampu untuk memulihkan pesakit strok yang hanya baring dikatil dalam tempoh yang amat singkat!

Malangnya, agak sukar untuk menyimpan minyak ini kerana ia perlu diberi 'habuan' ataupun 'makanan'.

Secara amnya, minyak sakang seribu ada dua jenis - jenis habuan darah dan habuan timah.

Setiap bulan, minyak ini mesti diberi 'habuan' / 'makanan' darah atau timah.

Darah yang dimasukkan dalam botol minyak sakang seribu akan 'hilang'.

Dan begitu juga timah - akan 'hilang'.

Kedua-dua minyak ini ada penunggu. 

Dan penunggu ini perlu diberi 'makanan' setiap bulan.

Kemungkinan besar penunggu akan mengamuk jika pemilik minyak sakang seribu gagal memberi 'makanan'.

Keizinan pemilik minyak sakang seribu juga mesti diperolehi sebelum menggunakan minyak ini.

Jika tiada keizinan, pengguna minyak ini akan sakit. والله أعلم


p/s Saya sering mengingatkan pemilik minyak sakang seribu, yang enggan membuang minyak tersebut, agar memberitahu lokasi menyimpan minyak kepada ahli keluarga. Ini untuk mengelakkan kejadian si pemilik meninggal dunia tanpa diketahui lokasi minyak. Jika penunngu tidak diberi makanan, ia akan mengamok dan mencederakan / mengganggu ahli keluarga.



والله أعلم
 

No comments:

Post a Comment