Langkau ke kandungan utama

Terlalu banyak makan garam, awas 6 penyakit ini

Garam yang tumpah daripada botol di atas meja kayu sebagai gambaran kesan pengambilan garam berlebihan kepada kesihatan.

Garam digunakan sebagai penyedap makanan namun awas jika mengambilnya secara berlebihan.

Garam biasanya sudah menjadi sesuatu yang sukar untuk dipisahkan daripada hidup kita.

Bagaimanapun, perlu diingat pengambilannya pada kadar berlebihan boleh mengakibatkan tubuh tidak dapat menerimanya.

Malahan, ada beberapa penyakit yang dapat muncul jika terlalu banyak menggunakan garam dalam makanan. 

Namun, ia tidak bermakna kita tidak boleh mengambil garam sama sekali.

Menjaga kadarnya adalah hal yang penting, sebab garam juga memiliki beberapa manfaat untuk tubuh kita. 

Garam atau sodium, dalam jumlah yang cukup, diperlukan untuk menjaga keseimbangan cairan di tubuh, dan berperanan dalam menjaga fungsi saraf serta otot.

Mungkin anda sering mendengar jika banyak makan garam boleh menyebabkan darah tinggi. 

Hal ini benar. 

Bagaimanapun perlu diketahui ada penyakit lain yang boleh dihidapi akibat terlebih mengambil garam, antara penyakit itu adalah:


1. Penyakit jantung

Garam boleh meningkatkan tekanan darah dan menimbulkan darah tinggi. 

Situasi ini merupakan penyebab penyakit jantung yang paling ketara. 

Hampir dua per tiga daripada seluruh kes strok dan separuh kes penyakit jantung, disebabkan oleh hipertensi atau darah tinggi.


2. Penyakit ginjal

Sama seperti penyakit jantung, penyakit ginjal kronik juga boleh disebabkan oleh tekanan darah tinggi. 

Orang yang menghidap penyakit ini, lebih sensitif terhadap penyerapan sodium atau garam di tubuh.

Penyakit ginjal dan hipertensi berhubungkait dengan kitaran yang berkesinambungan. 

Ia kerana, ginjal berperanan dalam metabolisme garam di tubuh.

Jika ginjal tidak dapat mengeluarkan natrium dengan baik, maka metabolisme garam di tubuh menjadi terganggu dan garam akan berkumpul di tubuh, dan menyebabkan naiknya tekanan darah.


3. Osteoporosis

Jumlah kalsium yang keluar melalui urin akan bertambah seiring dengan meningkatnya kadar garam di tubuh. 

Apabila kadar kalsium di dalam darah berkurangan dari yang sepatutnya, maka tubuh akan mengambil kalsium dari dalam tulang untuk menyeimbangkan kekurangan kalsium.

Hal ini menyebabkan kesihatan tulang terganggu hingga mengalami penghakisan tulang atau osteoporosis.


4. Kanser

Mengambil garam berlebihan juga dapat meningkatkan risiko seseorang terkena kanser perut.


5. Hipernatremia

Terlalu banyak natrium di dalam darah boleh menyebabkan seseorang itu mengalami hipernatremia. 

Penyakit ini merupakan gangguan akut yang terjadi saat seseorang tidak mendapat cukup makanan atau minuman, sehingga garam tidak dapat dicerna dengan baik oleh tubuh.

Akibatnya, pengumpulan garam berlaku. Saat sodium di darah mengumpul, akan terjadi gangguan metabolisme di tubuh yang boleh menyebabkan cecair terkumpul di organ tubuh, termasuk otak. 

Hal ini akan menyebabkan kejang, koma, bahkan boleh membawa maut.


6. Gangguan saraf

Garam memang penting untuk menjaga fungsi saraf. 

Namun, jika berlebihan pengambilan garam akan membawa mudarat.

Tubuh kita memerlukan keseimbangan antara sodium dengan kalium untuk menjaga fungsi saraf tetap normal. 

Jika kadar sodiumnya terlalu banyak, maka keseimbangan akan terganggu. 

Hal sama dengan fungsi saraf, yang juga akan mengalami gangguan.

Sumber : Ku Maok Tauk

© 2025 Kedak Tok BlogSpot · Penafian: Kandungan ini untuk tujuan pendidikan dan maklumat sahaja, bukan nasihat perubatan. Sila rujuk profesional kesihatan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan kesihatan.
والله أعلم بالصواب

📢 Share this article:

Facebook | Twitter | WhatsApp

Ulasan

Artikel Popular Minggu Ini

Masalah Huyung-Hayang: Perspektif Sains

Masalah huyung-hayang atau rasa pening yang menyebabkan seseorang berasa tidak stabil merupakan gejala yang kerap berlaku dalam kalangan pesakit. 

Asyik Marah-Marah Selepas Bangun Tidur di Pagi Hari

Bangun tidur dengan perasaan marah bukan sekadar isu emosi, tetapi mempunyai asas saintifik yang jelas.

3 Senaman untuk Pesakit GERD

Infografik © Kedak Tok BlogSpot.com - GERD dan 3 Senaman Yang Boleh Membantu 🔴 Apa Itu GERD? Penyakit Refluks Gastroesofagus (GERD) ialah keadaan pencernaan kronik di mana asid perut - dan kadangkala hempedu - mengalir semula ke dalam esofagus (saluran yang menghubungkan mulut ke perut). 

Statin (Pil Koleserol) dan Kerosakan Hati

Statin merupakan antara ubat yang paling kerap diberikan oleh doktor kepada pesakit dengan paras kolesterol tinggi dan risiko penyakit jantung. 

Penyakit Buah Pinggang : Amalan dan Larangan bagi Pesakit yang Menghidap Diabetes & Masalah Kolesterol

Infografik © Kedak Tok BlogSpot.com – Lindungi Buah Pinggang, Jantung & Kesihatan Anda 🩺 Penyakit Buah Pinggang: Amalan dan Larangan bagi Pesakit yang Menghidap Diabetes & Masalah Kolesterol Gambaran Umum: Buah pinggang berfungsi menapis sisa dan lebihan cecair daripada darah. Apabila rosak, toksin akan terkumpul dan menyebabkan penyakit buah pinggang kronik (CKD), kecederaan buah pinggang akut (AKI) atau keadaan genetik seperti penyakit polikistik buah pinggang (PKD). Pesakit CKD lazimnya turut menghadapi diabetes dan kolesterol tinggi, yang meningkatkan risiko penyakit jantung serta mempercepatkan kerosakan buah pinggang. Realiti di Malaysia: Skala masalah ini amat membimbangkan. Lebih daripada 5 juta rakyat Malaysia hidup dengan CKD, namun hanya 5% yang menyedari keadaan mereka (Majlis Keselamatan Negara/ACT‑KID 2025). Diabetes merupakan punca utama - menyumbang kepada 61% kes kegagalan buah pinggang - dan lebih separuh daripada pesakit dia...