Langkau ke kandungan utama

Banyak Kes Bunuh Diri Remaja, Ibu Bapa Tidak Perasan Anak Alami Kemurungan



Kebanyakan kes bunuh diri di kalangan remaja adalah kes yang ibu bapa sendiri tidak sedar bahawa anaknya menghadapi kemurungan sebelum mengambil jalan singkat mengakhiri hidupnya dengan membunuh diri, kata Pakar Psikiatri, Dr Muna Hamiza.

“Tiba-tiba dah jumpa nota kata minta maaf, saya tak bagus dalam periksa sebab kadang-kadang kita tak nampak perkara tersebutlah.”

Oleh itu, beliau menasihatkan supaya yang paling penting orang sekeliling terutama ibu bapa kena sensitif dan pantas mengambil tindakan sekiranya melihat perubahan pada anak-anak mereka.

Ini kerana seperti semua maklum, masalah mental dalam kalangan kanak-kanak agak mencabar dan mungkin gejala yang ditunjukkan itu akan membuat ibu bapa keliru untuk membezakan apakah kanak-kanak tersebut berkelakuan normal atau sebaliknya.

Justeru, antara perkara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa adalah cakna terhadap kesihatan mental anak-anak, sama ada kanak-kanak ataupun remaja dengan mendapatkan bantuan awal jika mereka menunjukkan tanda-tanda.

Selain itu, ibu bapa juga perlu mengajar anak-anak menamakan emosi, seperti emosi sedih, marah dan punca anak marah atau sedih supaya mudah untuk mengesan emosi kanak-kanak tersebut, di mana ianya adalah langkah asas bagi mengetahui emosi kanak-kanak tersebut.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan bahawa kes bunuh diri di Malaysia meningkat 81 peratus dengan 1,142 kes dilaporkan tahun lalu berbanding 631 kes pada 2020.

Menurut rekod PDRM juga, sebanyak 467 kes bunuh diri dilaporkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

“Faktor penyumbang tingkah laku bunuh diri ini adalah pelbagai dan kompleks, seperti isu psikososial dan persekitaran, isu kewangan merangkumi kehilangan sumber pendapatan atau pekerjaan, penyakit mental seperti kemurungan, kurang sokongan sosial dan penyalahgunaan substans.”

  
p/s Saya tidak pernah merawat pesakit mental yang akhirnya membunuh diri tapi saya pernah merawat seorang pesakit mental yang menderita selama kira-kira 30 tahun yang dikhuatiri akan mencelakakan dirinya sendiri sehingga boleh mengakibatkan kematian (abangnya yang juga mengalami masalah mental telah meninggal dunia apabila dia terjun kedalam longkang (besar?)); dan seorang pesakit yang setiap hari didesak oleh suara-suara halus untuk membunuh diri.

Berdasarkan pengalaman saya diatas, saya merasakan elemen mistik tidak boleh dipandang sepi apabila membantu mereka yang mengalami masalah gangguan mental.

Saya menyarankan penggunaan ayat 8, Surah at-Tahrim untuk mana-mana individu yang mengalami masalah gangguan mental atau emosi yang tak stabil.


© 2022 Kedak Tok BlogSpot · Penafian: Kandungan ini untuk tujuan pendidikan dan maklumat sahaja, bukan nasihat perubatan. Sila rujuk profesional kesihatan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan kesihatan.
والله أعلم بالصواب

📢 Share this article:

Facebook | Twitter | WhatsApp

Ulasan

Artikel Popular Minggu Ini

Masalah Huyung-Hayang: Perspektif Sains

Masalah huyung-hayang atau rasa pening yang menyebabkan seseorang berasa tidak stabil merupakan gejala yang kerap berlaku dalam kalangan pesakit. 

Asyik Marah-Marah Selepas Bangun Tidur di Pagi Hari

Bangun tidur dengan perasaan marah bukan sekadar isu emosi, tetapi mempunyai asas saintifik yang jelas.

3 Senaman untuk Pesakit GERD

Infografik © Kedak Tok BlogSpot.com - GERD dan 3 Senaman Yang Boleh Membantu 🔴 Apa Itu GERD? Penyakit Refluks Gastroesofagus (GERD) ialah keadaan pencernaan kronik di mana asid perut - dan kadangkala hempedu - mengalir semula ke dalam esofagus (saluran yang menghubungkan mulut ke perut). 

Statin (Pil Koleserol) dan Kerosakan Hati

Statin merupakan antara ubat yang paling kerap diberikan oleh doktor kepada pesakit dengan paras kolesterol tinggi dan risiko penyakit jantung. 

Penyakit Buah Pinggang : Amalan dan Larangan bagi Pesakit yang Menghidap Diabetes & Masalah Kolesterol

Infografik © Kedak Tok BlogSpot.com – Lindungi Buah Pinggang, Jantung & Kesihatan Anda 🩺 Penyakit Buah Pinggang: Amalan dan Larangan bagi Pesakit yang Menghidap Diabetes & Masalah Kolesterol Gambaran Umum: Buah pinggang berfungsi menapis sisa dan lebihan cecair daripada darah. Apabila rosak, toksin akan terkumpul dan menyebabkan penyakit buah pinggang kronik (CKD), kecederaan buah pinggang akut (AKI) atau keadaan genetik seperti penyakit polikistik buah pinggang (PKD). Pesakit CKD lazimnya turut menghadapi diabetes dan kolesterol tinggi, yang meningkatkan risiko penyakit jantung serta mempercepatkan kerosakan buah pinggang. Realiti di Malaysia: Skala masalah ini amat membimbangkan. Lebih daripada 5 juta rakyat Malaysia hidup dengan CKD, namun hanya 5% yang menyedari keadaan mereka (Majlis Keselamatan Negara/ACT‑KID 2025). Diabetes merupakan punca utama - menyumbang kepada 61% kes kegagalan buah pinggang - dan lebih separuh daripada pesakit dia...