02 September 2022

Mengapa Kesihatan Masih Penting Walaupun 'Umur Panjang' Tidak Bergantung Padanya

Ramai percaya bahawa kesihatan yang baik menjamin umur panjang. 

Namun realitinya, umur panjang tidak bergantung pada tahap kesihatan semasa.

Ada yang menghidap penyakit kronik selama puluhan tahun tetapi tetap hidup lama. 

Ada pula yang sihat, namun sakit secara tiba-tiba lalu meninggal dunia. 

Dalam sejarah kehidupan manusia, terdapat banyak contoh:

Yang sakit, hidup lama
Yang sihat, mati dahulu


Mengapa Kesihatan Masih Penting Walaupun Umur Tidak Bergantung Padanya

Jawapannya mudah: supaya jika umur kita panjang, kita masih mampu menjalani hidup secara aktif dan bermakna - bukan hanya terlantar di katil atau bergantung kepada kerusi roda.


Warga Emas Juga Berhak Menikmati Kehidupan

Menjadi warga emas tidak bermakna kita harus berhenti menikmati dunia. 

Mereka juga ingin menikmati makanan sedap, bersiar-siar, membaca buku, menonton video, dan bermain telefon seperti orang muda.


Mulakan Dari Sekarang Untuk Kesihatan Masa Hadapan

Untuk mencapai kesihatan optimum di masa hadapan (dengan izin Allah SWT), kita mesti bertindak sekarang. 

Jangan tunggu usia mencecah 40an, 50an, atau lebih. 

Mulakan dengan langkah kecil:

  • Amalan pemakanan sihat
  • Senaman ringan & berterusan
  • Penjagaan emosi dan rohani
  • Rutin harian yang seimbang

Selagi hayat dikandung badan, insyaAllah kita boleh terus berusaha. 

Jika kita bertindak lebih awal, tahap kesihatan di masa tua akan lebih stabil, aktif, dan menyokong kehidupan yang berkualiti sebagai warga emas.

وَاللهُ اَعْلَمُ


1 comment: