Langkau ke kandungan utama

Pergantungan yang melampau keatas rawatan sains atau alternatif merugikan

Visual perbandingan rawatan Sains vs Alternatif sebagai dilema—the choice between alternative and modern treatment methods.

Rawatan sains dan alternatif hendaklah seiring sejalan.

Ramai pihak yang melihat rawatan alternatif sebagai pilihan terakhir selepas menghabiskan banyak masa dan duit untuk merawat sakit.

Sepatutnya rawatan alternatif bukan dilihat sebagai pilihan terakhir tetapi sebagai 'teman' rawatan sains.

Terpulanglah jenis rawatan alternatif yang disukai atau dipilih untuk bersama dengan rawatan sains.

Itu hak masing-masing.

Terlampau banyak bukti yang menunjukkan bukan semua sakit dapat dirawat oleh sains.

Tetapi pada masa yang sama, jangan terlalu bergantung dengan rawatan alternatif.

Kita masih memerlukan sains untuk bantu pulihkan kesihatan walaupun sakit bukan disebabkan elemen sains.

Contoh: Sakit atas sebab kena buatan orang.

Tanpa rawatan alternatif (mistik), rawatan sains hanya mampu kurangkan kesakitan, atau hentikan kesakitan untuk sementara.

Manakala tanpa rawatan sains, rawatan alternatif (mistik) hanya mampu tangani punca sakit tapi bukan bantu sistem badan untuk berfungsi secara optimal.

Pesakit boleh meninggal dunia sekiranya keadaannya sudah kritikal dan amat memerlukan rawatan sains - walaupun punca sakit sudah dibuang.

Kerjasama antara rawatan sains dan alternatif akan menghasilkan keputusan yang positif untuk pesakit. Insyallah.

Anggapkanlah rawatan sains sebagai abang dan rawatan alternatif sebagai adik.

Ketika sakit, si abang hendaklah didatangi terlebih dahulu.

Dan selepas itu, jika masih sakit dalam tempoh seminggu dua, kita hendaklah menjengok si adik.

(Jangkamasa sebenar tempoh menunggu, terpulang kepada anda. Perlu ada tempoh menungu untuk memberi ruang kepada rawatan sains untuk memulihkan kesihatan. Tetapi untuk kes yang serius, digalakkan agar jangkamasa tempoh menunggu dipendekkan kepada hanya beberapa hari ataupun jam. Wallahua'lam)

Tetapi kita tidak melupakan si abang kerana kita masih bersamanya.

Kita hanya bawa si adik agar bersama-sama dengan si abang untuk bantu kita.

© 2020 Kedak Tok BlogSpot · Penafian: Kandungan ini untuk tujuan pendidikan dan maklumat sahaja, bukan nasihat perubatan. Sila rujuk profesional kesihatan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan kesihatan.
والله أعلم

Ulasan

Artikel Popular Minggu Ini

Masalah Huyung-Hayang: Perspektif Sains

Masalah huyung-hayang atau rasa pening yang menyebabkan seseorang berasa tidak stabil merupakan gejala yang kerap berlaku dalam kalangan pesakit. 

Asyik Marah-Marah Selepas Bangun Tidur di Pagi Hari

Bangun tidur dengan perasaan marah bukan sekadar isu emosi, tetapi mempunyai asas saintifik yang jelas.

3 Senaman untuk Pesakit GERD

Infografik © Kedak Tok BlogSpot.com - GERD dan 3 Senaman Yang Boleh Membantu 🔴 Apa Itu GERD? Penyakit Refluks Gastroesofagus (GERD) ialah keadaan pencernaan kronik di mana asid perut - dan kadangkala hempedu - mengalir semula ke dalam esofagus (saluran yang menghubungkan mulut ke perut). 

Statin (Pil Koleserol) dan Kerosakan Hati

Statin merupakan antara ubat yang paling kerap diberikan oleh doktor kepada pesakit dengan paras kolesterol tinggi dan risiko penyakit jantung. 

Penyakit Buah Pinggang : Amalan dan Larangan bagi Pesakit yang Menghidap Diabetes & Masalah Kolesterol

Infografik © Kedak Tok BlogSpot.com – Lindungi Buah Pinggang, Jantung & Kesihatan Anda 🩺 Penyakit Buah Pinggang: Amalan dan Larangan bagi Pesakit yang Menghidap Diabetes & Masalah Kolesterol Gambaran Umum: Buah pinggang berfungsi menapis sisa dan lebihan cecair daripada darah. Apabila rosak, toksin akan terkumpul dan menyebabkan penyakit buah pinggang kronik (CKD), kecederaan buah pinggang akut (AKI) atau keadaan genetik seperti penyakit polikistik buah pinggang (PKD). Pesakit CKD lazimnya turut menghadapi diabetes dan kolesterol tinggi, yang meningkatkan risiko penyakit jantung serta mempercepatkan kerosakan buah pinggang. Realiti di Malaysia: Skala masalah ini amat membimbangkan. Lebih daripada 5 juta rakyat Malaysia hidup dengan CKD, namun hanya 5% yang menyedari keadaan mereka (Majlis Keselamatan Negara/ACT‑KID 2025). Diabetes merupakan punca utama - menyumbang kepada 61% kes kegagalan buah pinggang - dan lebih separuh daripada pesakit dia...